Tentang

1. Seorang introvert: anak, isteri dan ibu. Sinonimnya rebel dan alergik terhadap mimpi meski diberitahu sejak kecil bahawa perempuan juga bebas menyemai cita-cita. Semalam, hari ini dan seterusnya, rumahlah tempat dia menjahit cerita tentang syurga dan neraka. Mungkin terburai sisi privilegenya, mungkin juga aibnya—terserah mahu dirobek yang mana satu.

2. Blog: Tahun 2017 – kini. Pernah berdikari di Jaded Writing sebelum berpindah ke sini, menulis hal remeh-temeh tentang keluarga dan cita-cita. Ruang peribadi, tak banyak harta. Jenguklah bila perlu saja (:

3. Iklan di sekitar blog merupakan ihsan WordPress sepenuhnya. Mahu pesan atau tanya boleh disampaikan melalui emel.